HADIS BEKAM
Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu."
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam, padahal beliau sedang puasa."
Dari Ibnu 'Abbas r.a., ketika Rasulullah saw. sedang ihram, beliau berbekam di kepalanya, kerana beliau menderita sakit kepala.
Dari Aisyah R.A. dia berkata: Sesungguhnya Nabi S.A.W. biasanya mandi kerana empat perkara: 1. Junub 2. Hari Jumaat 3. Berbekam dan 4. kerana memandikan mayat.
Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawasanya dia pergi mengunjungi Al Muqanna' yang sedang sakit. Kemudian dia berkata, "Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga engkau berbekam. Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya berbekam itu adalah suatu cara pengubatan."
Dari Jabir r.a. katanya: "Ummu Salamah pernah minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berbekam lalu Nabi saw. menyuruh Abu Thaibah membekamnya." Kata Jabir selanjutnya, "Menurut dugaanku, Abu Thaibah tentulah saudara susuan Ummu Salamah, atau mungkin seorang anak yang belum dewasa."